Assalamualaikum :-)
"Dari mana datangnya lintah,
Dari sawah turun ke kaki,
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati"
heheheeee.... senangnye ati kalau rase disayangi oleh seseorang... tak kisah laa siapa or even apa yg sayang pd kita.... yang pasti, kalau rasa disayangi, kita rasa sangat bahagia... mcm nak senyummmm jeeee hari2.... mcm nak blanjeeee sume org je rase!! hehe... But did you notice whats going on here? Let me give you a clue... "it takes two to tango." Penah dengar kan? hehe... well.... dalam kebahagiaan, mesti ade someone that is willing untuk
memberi kasih sayang, and of course mesti ada seseorang yang sudi menerima kasih sayang. And there you have it... two to tango.
 |
Happiness :-) even in milk. hehe |
Tapi... there's a lot more to tell :-) let's see it in a wider perspective....... up up and awayyyy~~~
okay ladies and gentlemen.... citer pasal mende2 skema dulu ea.... In psychological terms... sebenarnya ada 4 level kebahagiaan....
- level pertama is a level where seseorang itu sentiaaaasssaaaa dilanda kemurungan. Kalau org tego ckit marah, org nak tolg cket pon marah... pendek kate.. E.M.O (tapi, bad mood mase bru bgn tdo tak tmasok ye.. hehe)
- level 2 is where seseorg itu kene mabuk dulu bru die rasa bahagia... for example... drugs/alcohol/ ape2 lah yg memabukkan... hmmm...
- level 3... is when seseorg itu bahagia apabila mendapat pangkat.. or in other words.. kebahgiaan yang bersyarat. Contoh, kalau dpt pujian... oh bahagia! kalau dpt duit, oh lagi bahagia! hehehee
- and finally level 4..... the greatest of all...... it is when seseorang itu.. walau apapun yg terjadi, walau apa pun yg die dpt atau tak dapat, dia tetap bersyukur dgn apa yang die ade :-) hmmmm.... just saying this makes me smile...^^
tapi ade ke org yang baik sgt camni ek? ade ke org yg buat sesuatu tanpa mengharapkan apa2 balasan? mcm mana perasaan org tu bagi bagi dan terus memberi tanpa mintak apa2? seriously x mintak apa2....~~ is it even possible then? well of course it is :-)
It all starts in the mind. Fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, dan seterusnya, buat baik... keranaaaaaaa....
Fikiran membentuk perkataan,
Perkataan membentuk emosi,
Emosi membentuk tingkah laku,
Tingkah laku membentuk tindakan,
Tindakan membentuk Peribadi :-)
Have you ever heard?
"Life is Phenomenal"... kenape? Pernah tak terfikir satu hari nie kita marah sgt kene tipu dengan mamat jual cd cetak rompak. Konon2 citer bes, gamba cantik.. tp rupenye tak nampak satu hape pon dlm muvie tu~~ dahhh rugi duit 5inggt.. bek beli ayam panggang 2 bijik.. same gak 5inggt... nape bole jd camtu ek? penah tak kite pikey, tahun2 yg lepas, hari2 yg sudah-sudah, kite ade tipu macik jual nasik lemak kat tepi jalan tu. Sbb ramai pelanggan, die salah bagi baki kat kite, bagi lebih pulak sbb salah kire, and kite yg sedar macik tu silap, tp tak pulangkan duit kat die... haaaaaaa... ade tak? ade tak? (note to readers: kisah ini xde kaitan dgn mana2 individu samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia) hehe... Kan dah kate... Allah itu Maha Adil... lupe kiri kanan kite nie ade malaikat yg menulis sume amalan... lupe Allah tahu ape yg tersirat dalam hati.... what we give, we receive back! Buat jahat dibalas baik keeee? tidak ....... buat jahat, balasnye pon jahat ^^ heheh... ade org kate...
What we do today, will determine what we will get 10 years later.
"Tidakkah dalam setiap tubuh itu ada seketul daging. Sekiranya baik, baiklah seluruh tubuh itu. Dan sekiranya tidak baik, maka tidak baiklah seluruh tubuh itu. Dan itulah hati." --- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Hakikatnya, cinta dan kasih sayang itu bertempat di hati. Segala tindakan bermula dengan niat, yang terletak pada hati. Dan niat yang baik, akan membuahkan tindakan yang positif. Tetapi kalau dah namanye manusia, sentiasa nak lebeh... org bagi betis, nak peha kan? hehe. Kalau nak gune ayat power sket, inilah yg kite kate... org yg kurang rase syukur dgn apa yg kita ada... hmmm... susahnye nak jdi org yg bersyukur dgn apa yg kita ada..... selalu je susah hati.. ini tak cukup, itu tak cukup...Tapi, adakah kita akan merasa susah kalau hati jika kita ingat dengan Yang Maha Pencipta? Bahagialah bagi sesiapa yg hatinya dekat dengan Allah. Beruntunglah bagi sesiapa yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah...
Jaga solat, jaga emosi, jaga hubungan dengan Tuhan, dan PANDAI BELANJE WANG... so senanglah hati :-)
(besides dear, i need you to help me so that simpan lagi senang dari belanje) hehehe^^
Now we know, hati yang sihat dtgnye daripada rasa syukur kepada Allah. Dan hati yang sihat akan mendatangkan niat yang baik. Dan niat yang baik akan mendorong kita untuk memberi yang baik-baik sahaja. Then, is it still a question whether is it possible to give without expecting anything in return? Given now that we see things differently, I think its a silly question, is it not? hehe... besides...
Satu antara 7 golongan yang mendapat perlindungan di bawah arasy Allah nanti di padang mahsyar adalah: ORG YANG BERKASIH-SAYANG.
I worked in Citibank once. Hmmm.... one of the worst chapter of my life.. that was what i think back then. Tp kalau pikey2 balik, i wouldn't realize that my true passion is in academics dan menjadi seorang pengajar, until i went to citibank. Keje call customer hari2, and kene marah is not the point... the thing is... i dont have a soul if i stay there. I need my soul back... i need to learn.... i need books... and knowledge... and i need to share what i know... What i'm trying to say is...
Buatlah apa yang kita suka, dan sukalah dengan apa yang kita buat. That way, we will be able to give with an open heart without expecting anything in return :-) but still, thankful jugak sbb dpt peluang keje dgn citibank walaupn sekejap sbb without it i wouldn't be where i am today, and i would be depressed, and i would even cause world war III !!!....and i couldn't make people happy coz i won't feel happy, and you wouldn't also be happy coz i'm depressed.. and .. and... and... and byk lagi and...~~~
(I always tell you right dear), how happy i feel everytime i went back from the evenings with my kids... its that feeling of giving and giving and giving that makes me feel so happy... The fact that i know something they dont know, and when i teach them until they learn it by heart, and the enthusiasm that they showed while receiving what i give... When we talk to people, and give them a smile, it felt really good even though sometimes they dont smile back to us... But still, deep inside their hearts, u know they felt loved and appreciated. The point is... Kalau kite suke, barulah kite boleh memberi dgn ikhlas... kite beri dengan kasih sayang(sbb kte suke), dan org lain menerima apa yang kita beri. It takes two to tango :-) maka dengan itu, KU BAHAGIA^^
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya."--- Surah al-Fajr ayat 27-28
Tenangnya rasa hati kalau kita mampu memberi tanpa mengharapkan balasan.... tak kisahlah apa yg kita beri... makanan, wang, even only senyuman... Org yang tinggi Emotional Intelligence ade 4:-
- org yg bebas daripada penghargaan org lain (unconditional giving)
- apa2 pun tugasan yang dilakukan, hasilnya berjaya atau tidak berjaya, org ini tak tension (tawakal)
- sentiasa melihat kecantikan (positive thinking)
- org yang sentiasa hormat pada sesuatu yang lain (i guess izzah is the word... i'd like to name my daughter izzah) hehe
Sebagai individu, seharusnya kita nie tak perfect.... kite penah kutuk org, pernah kritik org... tetapi kalau kita sedar perbuatan kita tu salah, its not too late untuk berubah, dan mula menghargai instead of mengkritik.... 6 perkara yang paling-paling-paling tak elok untuk kita buat is :
Menyesal, Berdendam, Mudah Marah, Malu, Menghukum, and Defensive. Kalau kene marah bos dan keje banyak... biasanya kita akan bertindak samada
Reactively or Responsively. Reactively is
not good dear people... sbb reactivity (in chemistry) is sesuatu yg sgt mudah untuk bertindak-balas.. yelah,,, dh namenye reactive. Inilah kalau kita bertindak without thinking. Bos marah, dalam hati terus melenting, balik meje sendiri komplen sbb bos marah.... las2 buat keje sume x menjadi sbb bad mood.. Otherwise, org yang Responsive
is good... before react, kite fikir dulu... alamak bos marah... sabar2... malu2... tp cool.... it has to be a reason..... it has to.... haaaa... kan elok kalo boleh maintain composure :-)
 |
Please don't yell at me master.... i'll be good~~ hehe |
And then there are things yang harus kite buat untuk sentiasa dalam kebahagiaan:
Berkasih Sayang, Lemah Lembut, Bercakap Baik, dan Bersyukur. Kalau pegi kedai makan, kite pesan maggi goreng tak nak sayur, tapi yang kite dapat banyak giler sayur, dah tu bayak plak tauge nye... Nak marah ke tak nak marah? Don't forget...darjat seseorang itu terletak pada hatinya.... Kite nak reactive or responsive? hmmm.... kenelah cube untuk bersabar, dan bersyukur dengan apa yg kita dapat... penat die buat keje, ramai pulak customer yg komplen... it would make a difference in a person's life if we appreciate his work even if die org yg keje pungut sampah...
ape pulak yang kite boleh buat KALAU KITE
TAK NAK BAHAGIA???: kita bolehlah sentiasa
MERUNGUT yee.... pastu... tambah lagi pulak dengan suke nak
MENYALAHKAN ORG LAIN..... pastu ape lagi?? haaaa.... yang paling penting, kalau TAK NAK bahagia...
SALAHKAN DIRI SENDIRI... okay??? hehe
Before i end this.... ade 2 jenis kesedaran yang ada pada manusia... Kesedaran EGO dan Kesedaran KETUHANAN. Kesedaran ego menyebabkan seseorang itu sentiasa:
cepat marah, sentiasa nak lebih, bangga dgn apa yg tidak ada pada org lain, dan sukar menerima org lain... Manakala Kesedaran Ketuhanan pulak:
org yg boleh bertolak ansur and berfikiran terbuka, sentiasa lemah lembut dgn org lain, sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, dan all in all, sentiasa murah hati :-)
"Cinta adalah fitrah hati. Hati yang tidak memiliki rasa cinta adalah hati yang tidak sihat, atau mungkin sudah mati."
Ingatlah bahawa semua yang kita lalui nie adalah ujian Allah... Allah takkan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu harungi.... Sesungguhnya Allah menguji kerana Allah Maha Pengasih... Firman Allah, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (dengan) berkata:"Kami telah beriman", sedangkan mereka belum diuji?"---Surah al-Ankabut ayat 2.
Last but not least.....
" Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu." ---Hadis Riwayat Muslim dan Tabrani
with lots and lots of love: zahrawanie^^ saye doakan anda juga bahagia! hehe