Pages

Thursday, November 15, 2018

Subtraction Board Game

Zakiyyah akan menduduki assessment untuk kemasukan ke SRITI hari Sabtu ni, 17/11/2018. It's just a simple test (as they claimed), untuk menilai pada level mana anak kita sekarang supaya cikgu-cikgu boleh decide on the best ways to help the kids later when the school starts.

Ibu memang berhajat untuk masukkan anak-anak ke sekolah agama. And SRITI offers pembelajaran yang combine each subject bersama pelajaran agama. Buku-buku semua subjek juga dimasukkan ayat-ayat Al-Quran. Pendek kata, SRITI menggunakan approach Quranic Lessons dalam semua subjek. InsyaAllah.

Untuk latihan Matematik hari ini, Zakiyyah belajar Subtraction using this board game. Boleh download Freebies Subtraction Games di sini.



Ibu tak ada dadu. So ibu gunakan poker card 1-6. Mix it up, Zakiyyah cabut satu card, dan move according to the number. Kami gerakkan tiny eraser giraffe tu, then tandakan soalannya guna stiker. 



Zakiyyah salin semula soalan pada kertas dan selesaikan. Then mark jawapannya menggunakan Dot Marker. Boleh juga guna pompoms, batu kecil, or anything sebagai penanda jawapan. 





Zakiyyah kata bes main camni. Alhamdulillah. Actually lagi bes bila ada kawan main. Each menggunakan Dot Marker warna berlainan. Merah lawan hijau misalnya. Game tamat bila semua jawapan sudah ditanda. So pemenang dipilih berdasarkan warna siapa paling banyak ditanda pada jawapan. 

Next time kita main dengan kawan, ok kakak? InsyaAllah.


Letter Aa activities-Day 1

InsyaAllah, minggu ini di rumah ibu, anak-anak diperkenalkan dengan huruf A dan a.
So first, ibu siapkan 2 trays and a simple Letter Aa book, then put in on their table for display.


Buku comel ini ibu download dari website The Measured Mom. The link is actually a compilation of letter books, from Letter A-Z insyaAllah.




The first tray is a sandpapar card with A dan a. Simply guna word art di Ms word, font size 300, jenis font Berlin Sans (i think) so that kita dapat small a bentuk bulat, ibu printed out the letters at the back of the sandpaper, cut, and glued in on cardstock.

 

The second tray ibu letak satu flash card, a set of plush apples from IKEA, satu aeroplane, satu A, dan satu laminated apple with a. 


Actually semua items ni readily available di rumah. Mainan-mainan tu memang anak-anak biasa main. Laminated apple kecil tu pun ibu pernah guna few years ago untuk ajar Zakiyyah, and kertas huruf A yang dipotong tu pun daripada aktiviti matching initial sounds yang ibu pernah buat dengan Zakiyyah. When it comes to home education, just keep it simple and use anything you can find at home. 

Ibu beri peluang Fawwaz dan Sakinah ambil apa mereka minat from the trays. Ibu hanya bunyikan and sebut nama huruf, "ini semua letter a-a-a, A". 

Paling mereka minat is sandpaper card tu sebab boleh touch-and-feel the rough surface. Sakinah match kan laminated apple dengan small a yang dia pegang. Fawwaz match kan huruf A besar, and pick satu plush apple. Dia sendiri tunjuk kat ibu, "Ibu, A apple."





Lepas tu kami mulakan aktiviti Do-a-dot dan stamping pula. Hanya download Do-a-dot Letter A, and boleh gunakan stiker or dot marker. Ibu buat sendiri dot marker ni. Easy and cheap. He he he




Stamping ibu bentukkan paper roll jadi bentuk apple. Huruf A tu juga download di link Giant Letter A pada page The Measured Mom. Warna merah tu actually food colouring. Ini yang Fawwaz dan Sakinah paling suka. 



So Alhamdulillah. Misi hari ini accomplished. Esok kita continue Part 2 pula, insyaAllah. 








Tuesday, November 13, 2018

Kidzoona-ing The Kids

I'm blogging live from Kidzoona Aeon Bandar Dato' Onn, haha!

Saja-saja bawa atok anak-anak ni (my dad) jalan-jalan. He came to visit us since Saturday sampai esok, insyaAllah. So, while the kids play, atok jalan-jalan, ibu pun took the time to rest santai-santai di sofa empuk kat dalam ni sambil menulis cerita hari ini.


Kih kih.. boleh letak Ziyad kejap sambil ibu layan anak-anak main nearby. Ibu ni tak tahu lah penyakit apa. Semua mainan yang bukan di tempatnya, ibu kutip satu-satu and put it back in its place. Segala costume yang ditinggal merata, ibu sangkut semula elok-elok. Sedap mata tengok area main yang kemas. Kah kah..



Tau.. lepas ni confirm disepahkan semula. But it's fine! Saja nak kemas tadi. Barulah bes nak guna main. Ye tak?

Fawwaz berkali-kali datang station Fire Department. Memang peminat bomba dia nih.



Most of the time, Fawwaz suka main di ball pit and slide. He has always love that since forever! Haha.. Masa dekat waktu nak balik, dia sempat main dengan kawan baru kakak tu. Main tembak-tembak.







Zakiyyah is always here and there. Memanjat, berlari, main gelongsor, melompat di trampoline, and bakat terbesar Zakiyyah is socializing. Memang dia tak segan cari kawan baru. This boy here is the new friend.





Di area role play, she played at the Hospital station first. Then dia main jual aiskrim, jual sushi, and jadi bomba also. I'm trying to figure out apa interests Zakiyyah ni sebenarnya. Apart from being very athletic and social, apa lagi strength Zakiyyah yang boleh digilap? Ibu perasan a few je tadi. She's quite immaginative, and loves music and movements.

She took a tamborine, and dances on the trampoline. She made a human structure of herself on entah-apa-nama-alat-mainan tu. But all the while, she ran, climb, slide, and jump a whole lot more.



Sakinah spent much of her time bermain kereta. And ini lagi seorang girl yang suka sangat memanjat. Confidence level memang bagus lah Sakinah ni. Tak takut main benda-benda besar like the huge trampoline, the big slide, and panjat tinggi-tinggi. Zakiyyah dulu masa 2-3 tahun, tak berani main trampoline besar or bouncy slide yang diisi angin tu. Sakinah steady je. Unfortunately, ibu tak ambil gambar tu. Huhu




Dia juga suka susun blocks tinggi-tinggi sampai tumbang. Hehe. Perhaps that is due to her age. Usually 2-year-olds memang suka main susun-susun blocks. Lama dia stay di situ. A good 15 mins juga.






After 2 jam di sini, kami pun beredar. It was a blast. And Alhamdulillah the kids beri kerjasama tak mengamuk ibu ajak balik. It was satisfying to see the happy faces. Alhamdulillah. Done menunaikan hajat anak-anak.

Setahun sekali, apa salahnya. Hehe.





Monday, September 25, 2017

What A Day..

Bismillah.



I started the day with so much ease, Alhamdulillah. Bangun seawal 5.30 pagi (for someone yang sedang 'fullmoon'), settle kemas-mengemas, bancuh hot chocolate sambil cicah biskut pingpong, dan paling best was minum pagi with a book in my hand 😊. Selesai sarapan ringkas disertai input dari mebaca beberapa helai mukasurat buku tadi, jam 7 am mulalah rutin pagi menyiapkan anak ke sekolah. My Zakiyyah is in tadika 5 Tahun. Unfortunately, this morning dia sakit perut maka lambatlah ke sekolah. Sampai school, pagar dah kunci. So, hari ini dia teman ibu dan adik-adiklah di rumah. 

Klimaks kisah ini bermula ketika kami di Jusco. That was around 10.40 am. Niatku ke sana bukanlah untuk bersuka ria. Tetapi untuk membeli buku Al-Furqan untuk ajar anak mengaji. But, masa nak balik dan turun escalator, pimpin tangan Zakiyyah di kiri, Fawwaz (2 tahun 4 bulan) di kanan, can you imagine me yang gempal, anak dua kiri kanan, yang ketiga dalam baby carrier bahagian depan, turun escalator serentak? Mestilah tak dapat, kan? Asalnya nak pegang tangan Zakiyyah supaya dia melangkah dahulu so i let go of my hand. Yang Zakiyyah, hari ni tetiba tak reti nak guna escalator pulak. Selalunya dia ok je. Yang dia jadi kalut pulak dah nak naik balik. "Aaa.. aaaa...," jerit Zakiyyah sambil cuba nak naik balik. Bila dia dah kekalutan gitu, Fawwaz pun jadi kalut. Masa si kakak turun dulu, dia pun terikut sekali, but i pull him towards me. Yang Fawwaz jadi kalut sebab kakaknye kalut, sampai selipar dia tercabut. I said to Zakiyyah, "Pegi je Zakiyyah!" and dia berdiri diam-diam sampai bawah dengan selamat. Bila dah ada scene kalut gini, pak guard ingat anak tersangkut, dia pun jadi bising kalut jugak, hadeh... sampai makcik chinese pun jadi concern, dan kata "you pegang lah anak tu! Jaga-jaga lah sikit!" Orang mulalah tengok kite semacam, as if tak pandai jaga anak.

Masa tu, ego rasa tercabar sangat. Dalam hati tu lebih rasa marah daripada rasa malu. I was like, "Can you not tell me things i already know?! I know what i was doing! I know how to take care of my kids! Don't you dare tell me what i should, or should not do!" Zakiyyah pulak dibebel, "Kenapa zakiyyah nie? Kan selalu zakiyyah pandai turun naik? Kenapa hari ni takut??" Then, i let it go. I let go macam tu je. That angry feeling, malas nak layan. So, i just said, "Jomlah, kakak kata nak pergi tandas tadi kan? Jom." Saya mula rasa relaks semula, and i need coffee. Instantly. I need anything i feel like drinking or eating untuk regain self-control and lift up my mood. 

After kakak settle urusan buang air, i waited for her di baby room next door. Masa tu, aunty Chinese tadi datang balik! Gosh! And lecture me di situ. Geram nye lah hati!! Ego tercabar sekali lagi 😡. I just, 'ok ok' je jawab aunty tu. Malas nak argue, or rasa pandai di depan orang tua. Dalam hati, pujuk diri sendiri, "Just stay calm, and terima je lah apa aunty tu kata. She was just being concerned, that's all." I smiled to her, dan kata ok, terima kasih ye. Dengan baik, tapi tak ikhlas sangatlah hehe. Tak nak simpan apa-apa rahsia. That was how i felt, and tak malu nak ngaku. Lebih kepada tak nak panjangkan cerita since semua orang lalu-lalang tengok kite macam tak pandai jaga anak. Hati mula panas lagi, but, i let it go again. Simply, biarlah. I know what i did, and yeah, tak delah totally betul pun. 

And next time, akan lebih berhati-hati. I know, sepatutnya saya lebih aware keadaan kakak masa tu. Dia desperate to go to the toilet sampai jadi kelam-kabut. I was wrong untuk tidak memahami keadaannya and have caused all these to happen. Next time, saya akan lebih aware dengan body language my kids, and respond to their needs. I was wrong sebab nak cepat tadi, so kononnye fikir untuk pergi je toilet bawah terus instead of jalan 100 m ke toilet depan sana. Malas nak fikir jalan jauh ke depan dengan bawak anak kecik 3 orang nie. Malangnya, turun escalator bawak anak tiga was not a good decision. Next time, bila bersendirian, i better use the other escalator yang tak ada tangga. Then, after i gain self-control again, dah buang rasa marah dan malu tu, saya beli coffee secawan. Bawak kids masuk kereta, on aircond, and me? Duduk luar kereta to enjoy my cup of coffee. I took my time sampai i feel happy again. Alhamdulillah, Allah bantu untuk tidak marahkan anak. Allah bantu untuk tidak terbawa-bawa dengan perasaan. 

Next, demi melunaskan janji dengan zakiyyah untuk belikan Hot Wheels macam Fawwaz punya, kami ke Tesco pula. Sampai sahaja Tesco, naik atas terus ke kawasan toys (Fawwaz refuse duduk dalam trolley). Tak sampai seminit ngadap toys, tengok kiri kanan, Fawwaz hilang! Ah sudah! Menjerit macam orang gila panggil-panggil Fawwaz. Mula-mula jerit perlahan-lahan. Lama-lama makin kuat jeritan. Berlari sana, berlari sini. Mesti dia ada sini-sini je ni, saya kata dalam hati. So i just pusing-pusing around that area dan jerit, "FAWWAZ!!" Akhirnya dia muncul.  Rupanya dia pergi tengok ball kat alley belakang sana. Ya Allah, cepat betul hilangnya. Seriusly, tak sampai seminit pun.. just a few seconds terlepas pandang, terus, gone~~ Apa lagi, capai trolley sebijik, letak dia kat dalam. Kakak pun tumpang naik sebab penat nak jalan. 

Ada lagi a few things yang berlaku. Sakinah mengamuk masa nak bayar barang, on the same time, fawwaz pun meragam nangis sebab nak main basikal display. Masa nak pergi makan, Sakinah mengamuk lagi sebab ibu tak bagi pegang bekas air (dia taknak orang suapkan, nak minum sendiri, padahal dia tak reti pun guna straw). Baru beli nasik, lastnya tapau sebab baru jamah sesuap, Sakinah dah mengamuk lagi. Fawwaz pulak sangkut kat tempat games tak nak balik. Geram ngan dia, saya angkut je biar dia nangis mengamuk. What happened to me today? Entahlah. Not my day. On the way to the car, Fawwaz akhirnya pasrah. Kakak, she was a good girl all day. Sakinah pun redha je lepas masuk car park. In the car, everyone sleeps. The time was almost 2 pm. Dan semua sambung tidur di rumah and gave me the chance to write. 


Saya nak simpan cerita hari ini because although it seems nothing, it means a lot to me.  Sejujurnya, i was under D-E-P-R-E-S-S-I-O-N. Saya percaya saya ada simptoms depression. Samada ianya postpartum depression or not, I'm not sure. But i know, something is wrong with me somehow. Cepat sentap, even the slightest things macam sudu terjatuh ke lantai masa nak buat air. Bila ditambah dengan ragam si anak, mulalah berapi. And so, today, saya bersyukur, setinggi-tinggi syukur saya mampu kawal diri sendiri. 

I was trying real hard to heal myself. Pernah terfikir untuk dapatkan rawatan di hospital, but after mencuba solutions yang dicadangkan oleh seorang sahabat baik, i think i can manage this, dengan izin Allah. She had this too, once. Postpartum depression. And sekarang beliau sudah sembuh. I will tell more about this in another post, insyaAllah. 

Yang penting, hari ini saya tak ada  marah-marah macam orang kurang siuman. The fact that i felt angry, memang saya tak nafikan. And saya tak mahu pendam sahaja untuk jaga hati orang lain. End up nanti, saya akan depress lagi. And so i write today untuk release everything that i have felt. I am angry sebab dimalukan di hadapan orang ramai. Saya tak suka bila ditegur tentang sesuatu yang saya sendiri tahu tentangnya. BUT, i also understand, mak cik itu niatnya baik. Dan saya akui, saya memang kurang bijak juga. The fact that kita tahu tentang sesuatu ilmu, does not make us smarter than others. Ego, semua orang ada ego. Jika dilayan kehendak ego, mahu bergaduh jadinya. Tak mahulah sombong-sombong. Terima seadanya apa yang berlaku, terima keadaan diri sendiri yang ada kekurangan, terima hakikat diri yang sedang marah, dan redha. Redha ini takdir Allah. Redha sahaja walaupun perkara itu nampak buruk di mata kita. Terima dengan hati yang terbuka, and let go. 

Carilah anything yang boleh boost mood kita instantly. Drink coffee, green tea bagi yang suka, makan chocolates, watch a movie, talk to a friend, anything that can make you happy again. I think, seingat sayalah, dah seminggu lebih kot saya dah tak mengamuk macam hulk. And last Thursday, waktu petang tu rumah belum dikemas. Pinggan masih penuh di sink. Masak pun belum. Anak-anak baru masuk tidur 6.15 pm. Dalam hati dah start rasa nak nangis, stres. Tahan hati agar tak dimarah anak-anak. Mampu kawal diri juga until anak-anak berjaya ditidurkan serentak. Semasa sedang menyusukan Sakinah, whatsapp suami. Beritahu everything. I said, semua belum settle and i tell him why (sebab hari tu memang busy dengan anak je. Nak suap anak sorang-sorang pun dah ambil masa sejam lebih. Belum lagi yang berak serentak, nak mandi, nak ajak main sama, hoh diri sendiri pun belum mandi lagi). So i said, i can't promise rumah yang kemas by the time you reach home, and saya belum masak juga. And i don't want to stress myself out today. He said,"Ok. Yang penting senyum. Rumah sepah tapi senyum tak pe. Tapi rumah sepah muka masam, tak best." 

Hehee.. oh begitu ye. All these years, i struggled to keep the house clean supaya suami pulang hatinya girang. Tapi, diri sendiri yang memendam segala duka lara akibat stres bila kena kelam-kabut setelkan semua by 7pm. Ini pun nanti saya ceritakan di lain masa. After berterus-terang dan telus dengan suami, saya lebih memahami dia. Bukanlah rumah cantik berseri yang di harapkan, hanyalah isteri dan anak-anak ceria menyambutnya pulang. Aips, janganlah sampai rumah macam lori ayam terbalik pulak. That day, even after meluah dengan suami, saya terus kemas satu-satu, sambil masak. And Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Suami pulang, isteri happy, rumah pun kemas, makanan juga sudah tersedia. Alhamdulillah.     

Akhir kalam, jangan pendam perasaan. Admit your feelings, release, luahkan, switch bad mood dengan making yourself busy, do things you like, and be happy again. I remember someone wrote di status FB nya as mantra supaya dia tak marah,

"Jangan marah. Kita kan nak masuk syurga.."
MashaAllah.

Astaghfirullah
Astgahfirullah
Astaghfirullah


Alhamdulillah for today, thumma Alhamdulillah,

Saturday, August 16, 2014

How Can A Man and a Woman Bond...?

Bismillah..

Eventho baru a few hours, rumah sudah terasa sunyi... las friday, my dad came to visit.. alhamdulillah. He had a memorable bonding time dgn Zakiyyah, which had been a blessing to us yg tumpang gembira.

You see, kdg2 tak perlu jgk utk tunggu benda2 major. Skali-skala, jalinan kasih syg antara manusia atau sesama makhluk pun sudah cukup utk memuji Allah.

Bila menyentuh bab-bab sayang nie, paling bes bg example perkahwinan...

Pelik jgk kan, mcm mna seorg lelaki yg mempunyai cara fikir yg berbeza,gaya hidup dn corak pergaulan yg totally berbeza dgn wanita boleh jatuh cinta, berkahwin, hidup bersama berbertahun-tahun, dan bahagia bersama anak cucu yg mcm2 pulak kerenah dan perangai...

Kuasa Allah, menyemai perasaan saling mengasihi ini di dlm lubuk hati, semakin lama semakin bercambah menjadi bunga yg harum mewangi, lalu berkembang ia sebagai taman-taman yg membawa ketenangan kpd sesiapa yg dtg berkunjung.

That is all lah nk kabo mlm nie... semoga Allah rahmati kita semua dgn berjuta-juta lemon kebahagiaan..!









Sunday, May 25, 2014

Cukupkah Keperluan Dengan Hanya Menjadi Suri Rumah?

Bismillahirrahmanirrahiim..


Seringkali menjadi dilema wanita, setelah bergelar isteri (lebih-lebih lagi jika sudah ada baby) untuk memilih samada meneruskan karier, atau berhenti menjadi surirumah. So, this is from my own experience......

First, people's perspective. Blaja tinggi-tinggi, tapi duduk rumah? Kan rugi blaja, membazir duit, las-las taknak kerja. Orang lain boleh duduk rumah besa, makan mewah, boleh pegi melancong dan mcm2, sebut saja, mudah nak dapat. Kalau tak kerja, duit takkan jatuh dari langit senang-senang. 


Second, my perspective (hehe..) . Sejujurnya, hati saya tidak pernah senang dan tenang setiap kali saya keluar bekerja. Meninggalkan suami bersarapan seorang diri, tiada yang menghantarnya di muka pintu, mencium tangannya bila dia keluar pergi kerja. Kadangkala, tidak sempat menyiapkan sarapan. Pulang dari kerja, bergegas membersihkan rumah dan menyiapkan makan malam pula. Letih itu perkara biasa, tetapi semua ini terasa seperti tidak bertanggungjawab terhadap suami. Ya, bila sedang bekerja, semua perasaan ini hilang, tetapi jika melaluinya setiap pagi sudah menjadi satu seksaan jiwa bagi seorang isteri yang menyayangi suaminya.

Sebab pertama saya memilih untuk menjadi suri rumah. Kerana saya percaya, Allah yang berkuasa memperlakukan apa sahaja kepada hati hambaNya. Dia telah mencampakkan perasaan tidak senang ini di dalam hati saya. Bahkan dalam masa yang sama, saya tahu saya berperasaan sedemikian kerana saya faham tugas sebenar seorang wanita. Allah telah menjadikan wanita tidak lain hanya kerana satu sebab sahaja.... Memberikan ketenangan kepada pasangan yang telah ditakdirkan untuknya.... 

Firman Allah yang bermaksud : "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." -ArRuum, 21

Sungguh indah Allah jadikan penciptaan wanita. Melihatnya menenangkan hati, bersama dengannya membahagiakan, setiap sentuhan menimbulkan rasa dicintai, setiap kata-kata penuh kelembutan. Suami yang keluar bekerja mencari rezeki, penat fizikal & mental, bijak menyembunyikan rasa penatnya, tetapi bila bertemu isteri dan anak-anak, hatinya akan menjadi lapang. Bagaimana bisa seorang wanita mampu menjalankan tugas WAJIB ini jika dia sendiri diserabuti komitmen lain?

Sebab kedua. Logik akal mengatakan, kalau tak kerja mana nak cukup makan minum pakai tempat tinggal semua. Orang nak hidup senang, bukan nak hidup susah. Memang benar dakwaan itu. Tetapi sekiranya seseorang itu merenung dari jendela akhirat dan bukan jendela dunia, hati akan jadi lapang. Kerana kita ada Allah bukan? 

Bukankah saya seorang wanita? Allah tidak membebani seorang wanita dengan kewajipan mencari nafkah, bahkan menggalakkan wanita menjaga ahli keluarga. Maka, saya berani untuk mengambil keputusan berhenti bekerja, kerana sememangnya tempat saya bukan di situ ~~~ Saya yakin, saya tinggalkan pekerjaan kerana Allah, dan saya bertawakal dengan keyakinan 100% bahawa Allah akan menjaga kami dari sudut rezeki, malah akan menggantikan apa yang saya tinggalkan dengan sesuatu yang lebih baik. Saya tidak melakukan kesalahan dengan menjadi surirumah, kerana saya tidak diwajibkan bekerja, betul? Maka dengan keyakinan kepada Allah semata-mata, saya tidak takut menghadapi masa depan. Hasbunallah wani'malwakeel....

Adakah kini hidup saya baik? Maha Suci Allah yang Tiada Tuhan selain Dia. Setelah itu, kehidupan kami diuji untuk beberapa bulan pertama. Hujung bulan cukup-cukup sahaja. Tetapi kerana saya telah menyerahkan hidup saya di tangan Allah, maka saya bersyukur dengan apa yang ada, dan saya tidak  mengeluh atau rasa cemburu dengan sesiapa.  Saya pasti Allah menjaga kami dengan baik, dan saya percaya apa yang Allah beri semuanya pasti cukup! Kemudian, takdir Allah telah memberikan suami saya pekerjaan yang baru, dengan pendapatan yang lebih lumayan, Alhamdulillah. Dengan itu, kami mampu memiliki rumah sendiri yang pada mulanya kami tertanya-tanya bilakah peluang ini akan datang. Allah telah menjawab persoalan ini tanpa diduga, dari jalan yang tidak disangka-sangka, dengan kemudahan yang luar biasa, dan telah menyediakan persekitaran rumah baru yang sungguh menenangkan.

Sejak menjadi surirumah, Allah telah menjadikan hati saya merasa cukup dengan apa yang Dia kurniakan. Melihat para sahabat yang hidup mewah, pergi melancong, pakaian yang cantik-cantik, anak-anak juga berpakaian cantik, makan di restoran yang hebat, tetapi di dalam hati saya, tidak terdetik rasa mahu apa yang orang lain ada yang tiada pada saya. Allah menjadikan emas, mutiara, pakaian sutera, rumah dan kereta mewah, bahkan wang yang banyak, semuanya perkara yang tidak penting bagi saya. Malah tiada keinginan untuk memilikinya sekalipun... setiap kali hati saya diracun oleh syaitan untuk rasa ingin memiliki itu dan ini, saya merasakan sebuah kekuatan untuk menepis hasutan itu dengan membayangkan betapa indahnya hadiah yang akan Allah berikan kepada saya di akhirat nanti. 

Memang Allah tidak menghalang perhiasan dunia untuk dinikmati. Benar, saya bukanlah membenci sesiapa yang ingin hidup mewah, tetapi saya lebih tenang dan senang dengan apa yang ada. Apa yang kalian dapat itu sememangnya selayaknya anda perolehi keran Allah telah merezekikannya sejak anda di dalam rahim lagi. Maha Suci Allah! Ya, saya suka melihat pakaian baru yang sahabat-sahabat saya jual, tetapi setakat itu sahaja. Jika tak beli pun, saya tidak kisah. Kalau beli pun, tidak salah. Hehe. 

Apa yang penting, perubahan besar yang paling saya hargai setelah menjadi surirumah. Saya merasakan Allah sentiasa ada bersama. Setiap kali saya membersihkan rumah, saya ingat pada Allah yang menyukai kebersihan. Saya mahu rumah saya bersih dan kemas kerana ia tempat kami beribadat dan meluangkan masa bersama, serta mencerminkan iman dan akhlak. Saya mempunyai masa untuk memantapkan ilmu-ilmu agama, juga sempat untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui ibadah-ibadah khusus. Saya dapat mendidik anak saya, meracang pembelajarannya, permainan untuk perkembangannya, menjaga perlakuannya, dan memperkenalkan Allah dalam hidupnya setiap hari setiap masa. Bahkan, saya senang hati melakukan semua ini demi menyenangkan hidup suami, dan memperoleh redha Allah.

Maka degree itu hanya disimpan? Tidak. Bahkan ianya sebuah amanah yang telah Allah berikan. Ilmu yang dikumpul selama ini, akan saya gunakan untuk mendidik ummah. Allah juga tidak membiarkan saya duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Bahkan di hati ini, setiap kali melihat anak-anak muda, pelajar-pelajar sekolah yang hidup jauh dari Allah, saya jadi tidak senang dan gelisah. Saya mahu menyelamatkan mereka. Maka saya berharap suatu hari nanti, Allah akan mudahkan urusan saya dalam berkhidmat kepada ummah. Insya-Allah suatu hari nanti. 

Dan membantu suami dari segi kewangan, wallahua'lam. Perancangan Allah tiada siapa yang tahu, tetapi saya perlu mencuba itu & ini, dan berdoa, semoga Allah memberi saya petunjuk agar sentiasa memilih pengakhiran yang lurus, dipelihara dari kehinaan dunia, dan siksa hari akhirat. 

Hutang-hutang juga saya perlu lunaskan sebelum kembali kepada Allah bukan? :-) 

"Apa yang penting, setiap keputusan hidup yang kita pilih itu, perlulah difikir yang manakah jalan yang akan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Bagaimana ia dapat menjadikan Allah redha kepada kita, dan apa yang dapat kita perolehi darinya yang menyebabkan akhirnya kita sampai kepada rahmat Allah..... "

Wassalam! 

Suami, dan anak-anak, adalah pilihan terbaik untukku
menemui Allah nanti dalam keadaan Dia paling redha kepadaku... InsyaAllah.






Friday, May 23, 2014

Usrah Tak Jadi, Kecewa?





Alhamdulillah... seperti yang dinyatakan di dalam topik hari ini, usrah yang tak jadi, alhamdulillah saya tidak kecewa. Bahkan saya percaya, perancangan yang diatur oleh Allah untuk saya dan para sahabat yang lain adalah yang terbaik buat kita pada saat ini. 


Ibu, takpe ibu ajar Zakiyyah je la ye arini.. ^_^

Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas bin Malik dari rasulullah saw beliau bersabda ( yang bermaksud):

“Tiadalah suatu kaum yang berkumpul untuk berzikir kepada Allah, yang dengannya mereka tidak menghendaki kecuali wajahNya, melainkan ia akan diseru oleh seorang penyeru langit: Bangunlah kalian dalam keadaan terampuni, dan berbagai keburukanmu telah diganti dengan kebaikan.”


Niat saya untuk mengadakan usrah di rumah adalah kerana keinginan saya untuk menjadikan rumah ini kunjungan para malaikat. Saya dambakan suasana yang mana hamba-hamba Allah berkumpul di sini, hanya semata-mata mahu mengingati Allah bersama-sama. Sesungguhnya, di dalam suatu majlis ilmu, ada malaikat yang mengelilingi kawasan tersebut, dan ianya adalah sebuah gambaran yang sangat mengujakan!

hihi.... tetapi, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita masing-masing kan? Maka saya bersyukur dengan setinggi-tinggi pujian untuk Allah. Kerana pada awalnya saya menjangkakan usrah akan berjalan seperti yang dirancang (walaupun kehadiran sgt sedikit, suami saya kata takpe, mula dengan sikit2 dulu..) saya telah berjaga beberapa jam sebelum subuh untuk membuat persediaan.

Ketika itu, hanya saya dan Allah. Saya baca ayat-ayat Allah (al-Kahfi) dan huraiannya satu persatu. Saya tahu, 10 ayat pertama surah ini menjadi pelindung dari fitnah Dajjal. Saya tahu, sebabnya ia menyeru bahawa jalan menuju Allah adalah jalan yang lurus dan Dajjal adalah penipu besar yang jalannya bengkok-bengkok. Bahkan, surah ini juga menganjur untuk beramal soleh, agar iman terpelihara.

Ya, setakat itu pengetahuan saya. Tetapi haruslah difaham disini, bahawa 'tahu' itu tidak bermakna 'sedar'... 

Bagaimana sebenarnya dikatakan surah al-Kahfi ini mampu menunjuk jalan yang lurus? Bagaimana seseorang itu beramal soleh yang menyebabkan imannya terpelihara? 

Dan persoalan ini terungkai apabila saya membaca tafsirannya. Dan Maha Suci Allah, yang telah merezekikan saya untuk memahami tafsiran ayat 1-31. Maha Suci Allah, yang telah melapangkan dada saya di waktu orang lain sedang nyenyak tidur, untuk mengisi jiwa dengan keindahan dan kemanisan kata-kata semangat dari Allah melalui al-Quran. Membayangkan pengorbanan dan kesedihan Rasulullah saw dalam menyebarkan al-Kitab. Perasaan yang bercampur-baur antara ketakutan dan keberanian Ashabul Kahfi dalam mempertahankan iman. Menyedari hakikat mengakui hanya Dia yang layak disembah, Tiada Tuhan melainkan Dia, adalah tidak cukup selagi jiwa tauhid itu tidak difahami dengan sebenar-benarnya. Kadangkala tanpa disedari, air mata mengalir apabila terasa kasih sayang Allah yang meresap masuk jauh di dalam hati....

Apa yang menarik sangat tafsir al-quran ni? Kan di mana-mana pun sama, boleh beli di mph dan sebagainya? 

Nah, itu satu tanggapan yang kurang tepat wahai sahabat~~ saya juga dahulu kala seperti kalian... menganggap tafsir al-Quran adalah terjemahan bahasa Arab al-Quran kepada bahasa Melayu! 

Tetapi saya silap... 

Terjemahan itu terjemahan. Tafsir itu huraian. Kadangkala ayat yang kita baca terjemahannya, tidak semestinya pemahan kita betul mengenainya. Maka tafsir ini menunjukkan sejarah ayat, kisah para sahabat di sebalik ayat, mengapa ayat itu diturunkan dan sebagainya. Lalu kita jadi faham tentang mesej sebenar Allah setelah membaca tafsiran itu! 

Alhamdulillah.... So, aktiviti terbaru saya sekarang, ialah memvideokan apa yang saya pelajari awal pagi tadi... Walaupun tiada usrah di rumah, diharap dengan video yang saya akan upload nanti, lebih raaaamaaaaiii lagi yang akan menghayati keindahan surah al-Kahfi... 

Sekian, wallahua'lam!  
















Thursday, May 22, 2014

Cukuplah Allah Bagiku...

Bismillahirrahmanirrahiim...




Segala pujian hanya milik Nya.. Sesungguhnya, kerajaan langit dan bumi ini milikNya sahaja, dan Allah berhak melakukan apa sahaja. Jika Dia ingin mengurniakan sesuatu kepada seorang hambaNya, maka tiada siapa dan apa-apa pun yg dpt menghalangnya. Andai Dia mahu mengambil sesuatu daripada hambaNya, maka tiada tangan yg mampu menahannya.

Maka kehidupan seorang insan yang mengakui keesaan Allah swt dan kerasulan Muhammad saw, dipenuhi dengan ujian. Setinggi mana keyakinan seseorang itu terhadap Allah, dan sekuat mana pegangannya terhadap penyaksiannya itu akan terbukti melalui ujian yang menimpa nasibnya.

Oleh itu, saya juga sedang diuji. Subhanallah, Maha Suci Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang selayaknya dipuji kerana ujian ini datang dariNya. 

1) Saya ingin menyertai kelas jahitan langsir, sudah daftar dengan deposit RM200, tetapi bajet pula tidak mencukupi kerana yurannya adalah RM800. Maka kelas ini saya tangguhkan.

2) Ingin mengadakan kelas tuisyen untuk menjana modal perniagaan dan menghadiri kelas langsir. Konsepnya berlainan dengan tuisyen sedia ada kerana saya ingin mendidik dengan dalil-dalil al-Quran, di samping mengajar berdasarkan silibus. Iklan sudah ditampal di beberapa tempat, tetapi sehingga kini belum ada yang menghubungi.

3) Saya ingin memohon pinjaman perniagaan (sebagai alternatif), namun tidak mendapat sokongan suami. 

4) Saya ingin mengadakan usrah dan perbincangan agama, mengajak sahabat terdekat untuk sama-sama mengingati Allah, tetapi sambutannya pula sangat kurang, dan saya perlu membatalkan hasrat itu.

5) Saya ingin menjadi ibu yang baik dan penyabar. Namun saya diuji dengan anak yang sangat cerdik dan sangat aktif, sehingga kesabaran saya benar-benar diuji. 

Sejujurnya, pernah saya berfikir, apakah yang menyebabkan semua ini? Adakah saya ini terlalu banyak dosanya? adakah saya terlalu jahat sehingga niat saya baik untuk melakukan semua itu, tetapi sehingga kini masih tidak mendapat apa-apa? adakah saya sebenarnya tidak ditakdirkan untuk syurga? Adakah hidup saya ditakdirkan untuk tidak berkat? orang lain, bahkan yg bukan islam pula, mudah sekali urusannya.... 

Ya, saya akui semua itu pernah terlintas di hati sehingga saya menangis seorang diri. Hendak diceritakan pada suami, menambah bebannya pula. Lalu saya pujuk hati ini....



Wahai hati, sesungguhnya Allah itu Maha Baik. Dan Allah tidak pernah sesekali menzalimi hambaNya! Bukankah engkau mahu jadi baik? Maka terlebih dahulu engkau perlu diuji. Dengan itu barulah engkau tahu jika engkau benar-benar beriman dengan Allah! Wahai hati, Allah tahu apa yang engkau tidak tahu, oleh itu jangan pernah berputus asa dari rahmatNya. Sekarang engkau sedar, bahawa Allah sangat penting dalam kehidupanmu, maka berpegang teguhlah pada tali Allah. Jangan bersedih, kerana engkau kata engkau yakin pada Allah. Nah, buktikanlah keyakinanmu itu dengan terus-terusan berdoa dan berharap dengan pengharapan seorang hamba! Lipat-gandakan usaha dan jangan buang masa! andai engkau rasa dirimu berdosa, janganlah bimbang wahai hati.... memang benar, byk perkara yang menyedihkan akan berlaku disebabkan dosa. Tetapi janganlah menyalahkan Allah wahai hati... demi Allah, bersabarlah, dan redha, kerana dengannya engkau akan merasa lapang dan seolah-olah Allah ada bersamamu... kalaupun engkau banyak dosanya, yang menyebabkan engkau rasa rahmat Allah itu jauh darimu, semoga kata-kata Rasulullah saw ini menjadi penghibur hatimu... pernah baginda bersabda yang bermaksud:

Drpd Anas bin Malik ra berkata, bhw dia mendengar Rasulullah saw bersabda, bhw Allah swt berfirman : " Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepadaKu maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau meminta ampun kepadaKu nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau dtg kepadaKu dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemuiKu tanpa menyekutukan sesuatu pun denganKu, nescaya Aku dtg kepadamu dengan ampuna seluas bumi pula."

(Riwayat al-Tirmizi no3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)
Rujukan: Hadis 40 Imam Nawawi, Terbitan Telaga Biru, Tulisan Dr Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria


Astaghfirullah al 'azim.... apa yang mengharukan, ketika saya dilanda murung memikirkan ujian ini, pada hari yang sama, selepas solat Asar, Allah mentakdirkan saya untuk membaca sebuah buku. Lalu dengan izinNya, saya menemui hadis di atas. Subhanallah..... sememangnya terasa Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Pengampun, Maha Mulia.... maka dengan pujukan ini, saya akan terus bersabar dan berusaha... bila masanya tiba, dengan izin Allah, setiap kesulitan ini akan dipermudahkanNya....

Oleh itu, dengan ujian ini, syukur kepadaMu Ya Allah..


Thursday, November 1, 2012

Dengan RahmatMu Aku Mohon Pertolongan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t


Semoga sihat-sihat hendaknya bagi sesiapa yang membaca.... ;) Kejap lagi, ade weekly check-up baby di klinik. Hehe, insyaAllah semuanya okey2 belaka nanti. Amin.

Hanya entri yang biasa sahaja pagi nie untuk santapan rohani kita, tentang satu doa yang saya sering amalkan setiap masa & ketika. Hakikatnya hidup seorang insan ini sebenarnya bergantung kepada rahmat Yang Esa. Tanpa ada rahmat dari Allah, nak angkat tangan untuk suap makanan ke mulut pun payah. 



Apabila seseorang bergayut pada dahan yang rapuh, dengan mudahnya dia akan jatuh berderai. Tetapi sekiranya pautan itu pada sesuatu yang kuat & utuh, hidupnya akan selamat walau apa jua yang menimpa. Liku-liku kehidupan tidak selalunya indah, bahkan pelbagai cabaran & halangan sering melanda. Tetapi, indahnya kehidupan seorang hamba Allah, apabila pengharapannya adalah kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Allah berfirman dalam surah at-Talaq ayat 3:

"Dan (ingatlah) sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."

Datanglah segala macam ujian, datanglah segala macam musibah, datanglah segala macam kesedihan & kekecewaan. Tetapi semua ini tidak akan pernah mampu untuk melawan kuasa Allah. Janganlah hidup ini hanya bergantung pada keupayaan diri, kerana kita tidak akan mampu... Janganlah juga kebergantungan hidup ini mengharap kepada manusia, kerana kita akan disia-siakan. Namun jika urusan hidup ini diatur oleh Allah, tidak ada satu kuasa pun yang mampu mencabar Kebesaran Kerajaan Allah.

Al-bukhari & Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w perbah bersabda yang bermaksud,

"Ketika Allah telah selesai menciptakan dunia dan seisinya, Allah menuliskan dalam sebuah kitab yang ada di sisiNya yang tersimpan di atas ArasyNya: 'Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu.' "

Maka mohonlah kepadaNya setiap masa & ketika, agar setiap yang kita lalui dalam hidup ini adalah dibawah naungan Allah. Walau sekelip mata, atau kadar masa yang lebih cepat dari itu, mohonlah dengan rahmat Allah, agar segalanya disusun & diurus olehNya. 



Doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada anaknya Fatimah r.a, dalam riwayat an-Nasai yang bermaksud, 

"Ya hayyu ya qayyum, wahai Tuhan yang Maha Hidup, & Maha Berdiri Dengan Sendirinya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku sekaliannya. Janganlah Engkau serahkan hidupku kepada diriku sendiri, walau sekelip mata." 

Sungguh ajaib hidup ini apabila Allah yang uruskan segalanya. Kerana dengan rahmat Tuhan itu tiada siapa yang mampu melawan. Jangan bersedih, Allah bersama kita... :)





Wasalam.....