Assalamualaikum w.b.t..:)
Mood blogging datang kembali.. alhamdulillah...:)
Setiap orang dilahirkan di dunia atas matlamat yang telah ditentukan oleh Allah.. Setiap manusia, tanpa mengira bangsa & agama, telah diberi oleh Allah kelebihan2 & kemahiran supaya orang lain beroleh manfaat daripada usahanya menggunakan kelebihan yg dikurniakan itu... Tidak akan lengkap dunia ini tanpa ada kita... sekiranya suatu hari tiba2 kita lenyap, dunia ini akan menjadi huru hara, kerana setiap kita ini ada fungsinya masing-masing supaya dunia ini stabil & aman.
tetapi lumrah manusia, tidak bodoh, tetapi MALAS...... bukan hanya malas bekerja, bahkan malas untuk mengenal diri sendiri.. Malas mengenal diri sendiri, maka dia tidak tahu apa kelebihan yang telah Allah letakkan padanya... jadinya manusia ini malas menuntut ilmu.. walhal hanya dgn ilmu sahaja seseorang itu dapat membangunkan potensi yang ada pada dirinya....
Maha Bijaksana wahai Tuhan yang Menciptakan... Dia kasihan dengan hamba-hambaNya yang hanyut ini... terkapai-kapai dalam mencari haluan hidup.... maka Dia turunkan musibah & ujian.... akal manusia yang sempit menyifatkan ujian ini sebagai suatu laluan agar kita kembali kepadaNya... Ya, memang benar.... ujian itu sebenarnya indah dan jalannya tidak sukar sekiranya kita kembali kepada Dia yang Memberi ujian...
"Sesungguhnya dengan besarnya bala (dugaan). Sesungguhnya Allah, jika sedang mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan bala kepadanya. Sesiapa yang redha, maka ia akan mendapat keredhaan (daripada Allah). Sesiapa yang benci, maka ia akan mendapat kebencian." - Sunan at-tirmizi, kitab az-Zuhd, no.2396
Maha Suci Allah... dikurniakanNya kepada kita POTENSI yang hanya kita mampu gunakannya... potensi yang perlu DICARI dengan BERFIKIR.. setelah diketahui kelebihan diri, seseorang itu perlu ILMU supaya potensi itu dapat digunakan dengan sebaik-baiknya, iaitu apabila dia hidup dengan memberi MANFAAT kepada umat... Lalu apabila seseorang hamba yang akalnya singkat ini MALAS untuk berfikir untuk mencari potensi diri, Allah turunkan UJIAN untuknya... hanya dengan itu, dia akan mula mencari JALAN KELUAR dari musibahnya itu.....
Dia akan mula RAJIN mencari dan terus mencari, mula berdoa kepadaNya.. Ya Allah kasihanilah aku... tolonglah aku... Rajin berdoa, rajin menuntut ilmu, rajin berfikir, sehingga secara tidak disedarinya, dia telah MENGAKTIFKAN potensi dirinya itu.. akhirnya dia BERJAYA keluar dari musibah DAN berjaya MENGENAL potensi dirinya itu.....
Seorang pendayung sampan & seorang professor... Suatu hari professor ini menumpang perahu si pendayung... Dia bertanya, wahai si pendayung sampan, adakah engkau punya wang simpanan? Pendayung menjawab, tidak... aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, oleh itu aku tiada wang simpanan. Lalu professor itu menjawab, rugilah engkau wahai pendayung! Engkau telah kehilangan sebahagian nikmat hidupmu! Tiba-tiba sampan itu bocor.... Lalu si pandayung bertanya kepada professor, adakah engkau tahu berenang professor? Professor itu menjawab, tidak! aku tidak tahu berenang! Lalu si pendayung itu menjawab, rugilah engkau... kerana itu, engkau telah hilang seluruh hidupmu! Oleh kerana kasihan, dia membantu professor itu & akhirnya mereka selamat.
Pengajaran: biarpun hanya pendayung sampan, dia arif mengendalikan sampan & berenang walaupun hidupnya biasa. Kelebihan & potensi itu ada padanya yang tidak ada pada orang lain. Biar kita tidak punya harta, biar kita hidup sebatang kara, kita masih punya akal yang mampu menampung ilmu. Ilmu yang perlu ada untuk memaksimumkan potensi diri. Dengan itu, hidup kita adalah hidup yang memberi manfaat kepada orang lain.
Namun hakikat manusia ini lemah..... dia tidak tahu dan tidak sedar... bahawa setiap yang telah dilaluinya itu adalah kerana Allah..... baginya, kini aku sudah senang, no problem! Lupa bahawa Allah yang Memberinya kelebihan, Allah menurunkan ujian supaya dia kenal dirinya & berjaya, Allah menunjukkan hatinya supaya mempelajari ilmu yang sekian sekian, Allah mengarahkan akalnya supaya berfikir tentang ini & itu, dan Allah jua yang menyuluh jalan keluar dari kesempitan.....
hamba ini tidak bersyukur........
Tetapi Allah tetap kasihan.... diberikannya juga kita makan.... supaya kita tidak lapar..... diberikannya juga kita minum.... supaya hilang dahaga..... diberikannya juga kita udara.... supaya boleh bernafas dan hidup.......
Ujian Allah bukanlah musibah pada hakikatnya..... kerana ujian Allah adalah jalan keluar kepada segala permasalahan.... Dengan ujian dari Allah, seorang hamba itu menjadi hina... dengan ujian Allah, seorang hamba itu menjadi patuh...... dengan ujian Allah, seorang hamba itu menjadi bersungguh-sungguh...... Oleh itu setiap ujian itu MANIS apabila jiwanya dekat dengan Dia Yang Maha Indah....... dengan ujian, seorang hamba yang hina ini KENAL pada Penciptanya...... kenal segala Sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna..... lalu CINTA kepada Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....... Hati menjadi rindu padaNya, hanya Dia yang basah dilidah..... ketika berseorangan, Dia menjadi teman bicara..... memohon petunjuk dan hidayah..... meminta-minta dikasihani dan dikasihi.... meminta-minta untuk diberi penyelesaian kepada setiap perkara........
Kesimpulan: Ujian Allah adalah supaya seorang hamba itu SEDAR bahawa dia adalah hamba. Ujian Allah adalah supaya seorang hamba itu mengenal Tuhannya & mula mencintaiNya. Ujian itu juga adalah untuk melatih seorang hamba supaya menggunakan potensi dirinya... KERANA KITA INI SEMUANYA BIJAK-BIJAK BELAKA...Ujian itu hanyalah penunjuk jalan supaya kita menjadi insan yang lebih baik & membawa kebaikan kepada orang lain....:)
Kesimpulan: Ujian Allah adalah supaya seorang hamba itu SEDAR bahawa dia adalah hamba. Ujian Allah adalah supaya seorang hamba itu mengenal Tuhannya & mula mencintaiNya. Ujian itu juga adalah untuk melatih seorang hamba supaya menggunakan potensi dirinya... KERANA KITA INI SEMUANYA BIJAK-BIJAK BELAKA...Ujian itu hanyalah penunjuk jalan supaya kita menjadi insan yang lebih baik & membawa kebaikan kepada orang lain....:)
"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, semua perkara (yang terjadi pada) dirinya, selalu baik untuknya. Sekiranya mendapat kesenangan, dia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Jikalau ditimpa musibah, dia terus bersabar. Ini pun baik untuknya." - Sahih Muslim, kitab az-Zuhd wa ar-Raqaiq, no.7500
Semoga kita tidak lupa kepadaNya..... kerana Dia, kita adalah hamba yang BIJAK, CERDIK, & hidup untuk memakmurkan dunia, memudahkan urusan manusia sekaliannya, dan sentiasa bahagia....
Selamat dunia akhirat.... amin...:)
No comments:
Post a Comment