Pages

Wednesday, October 31, 2012

Di Kala Kesunyian

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t... :)

Sejuk je hari nie, hujan. Alhamdulillah. Cuaca yang nyaman & dingin camni, duduk sorang-sorang, teringat dekat suami yang sedang bekerja. Hihii.... sunyi tanpa suami di sisi. Lambat lagi nak tunggu waktu habis kerja.. hmm... masa-masa nie lah teringat balik cerita-cerita suka sejak tinggal bersama... ^_^ Segala pujian buat Allah yang memberikan keceriaan dalam hidup kami setiap hari.. Semoga segalanya menjadi kenangan terindah kepadanya sekiranya ditakdirkan saya pergi dahulu... :') Hehe, bukan selalu layan perasaan nie. Sekali-sekala tak salah kan? : P 



Seronok rasa hati kerana diberi peluang menumpahkan kasih pada seseorang yang halal. Doa dan harapan saya agar kehadiran saya dalam hidupnya menjadikan dia lebih dekat kepada Tuhan. Suami yang soleh sepertinya berhak memiliki isteri yang melengkapkan agamanya. Maka harapan saya sebagai isteri, adalah ingin memperbaiki kelemahan diri agar perkahwinan ini membawanya ke syurga. 

Saya sedar ramai wanita di luar sana yang lebih mulia berbanding saya sendiri. Memang tidak dinafikan, saya sering cemburu dengan wanita-wanita itu yang selayaknya digelar mukminah solehah. Tetapi syukur ke hadrat Ilahi yang telah memilih saya yang kerdil ini sebagai teman hidupnya. 

Kebahagiaan ini, kita tidak tahu di mana penghujungnya. Dengan izin Allah, saya berdoa agar ia sampai ke syurga. Ikutkan hati, memang sering gundah-gulana juga membayangkan masa hadapan yang tidak pasti. Tetapi takut dengan sesuatu yang belum tiba akan menjadikan kita lalai dengan hari ini. Masa yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Berfikir tentang perkara-perkara menakutkan tentang hari esok akan mengganggu emosi hari ini. Di situ peluang syaitan membisikkan hasutan-hasutan yang boleh menggoyahkan hubungan antara suami & isteri. 



Maka, jangan buang masa! Hargai setiap saat anda bersama. Sambut kepulangan suami dengan senyuman &  berhias dengan cantik. Sediakan makanan yang digemarinya. Pasang wangian & haruman di rumah agar hatinya tenang & gembira. Berikan kata-kata yang lembut & indah kedengaran di telinga. Siapa tahu, itulah hari terakhir yang kita lalui bersama dengan insan yang disayangi itu. 

Hidup suami isteri, tidak selalu indah. Kadang-kala ada juga perselisihan faham & masam muka. Tetapi apa yang kita harapkan, 'perpisahan sementara' ini menghadirkan rindu dalam diri masing-masing. Kasih sayang yang dibina atas dasar cinta Allah, pasti ada keberkatan di setiap sudut. Yang baik itu indah, yang sukar itu juga indah. Apabila situasi sebegini berlaku, ingatlah hati, bahawa dialah hadiah yang telah diberikan oleh Allah. Dialah yang terbaik. Tidak akan ada orang lain lagi yang boleh memberikan kebahagiaan sepertinya. 

Bahagianya merayakan cinta, kerana cinta itu datangnya dari Allah. Semoga beroleh cinta yang membawa ke syurga. Amin.




No comments:

Post a Comment