Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.. :)
Dah setahun tak masukkan apa-apa entry...hihii.. kali nie rasa nak pos cerita-cerita lagi dalam blog nie... insyaAllah... :)
Byk cerita suka duka dalam setahun nie. Tapi yang paling bes antara semua, ialah SAYA DAH JADI ISTERI... ;) Alhamdulillah.....
Syukur kepada Allah yang telah menemukan saya dengan jodoh yang paling baik. Suami yang soleh & bertanggungjawab, suami yang bijak dalam segala situasi, suami yang pandai baiki paip! haha... Sungguh tak layak rasanya diri ini menjadi isteri kepada lelaki sebaik dia.. Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke Syurga... :')
Saya seorang hamba Allah yang lemah...kadang-kala kuat rasa keimanan padaNya, kadang-kala tewas dalam dosa... namun betapa besar nikmatMu ya Allah buat diriku.... Engkau telah mudahkan banyak urusanku.... Engkau berikan keberkatan dalam majlis perkahwinanku, rahmat dalam rumahtanggaku, kasih sayang dalam hatiku buat suamiku.. Engkau juga sentiasa memudahkan urusan rezeki kami.... Engkau juga kurniakan kami dengan kesihatan yang baik..... Sehinggakan perkara-perkara yang sukar bagi orang lain, Engkau telah mudahkannya buat kami... Maka dengan sifat Pemurah Mu jua, Engkau juga telah kurniakan kami sebuah kebahagiaan yang tidak ternilai, iaitu seorang khalifah kecil dalam rahimku... segala Puji hanya untukMu ya Allah...
![]() |
Khalifah Kecil : 5 Minggu |
Setinggi-tinggi pujian kepadaNya yang telah mengurniakan hidayahNya dalam hati. Kerana hidayah itu juga, ibu boleh melihat sendiri kebesaran & kekuasaanNya setiap kali pergi scan baby. Kali pertama mengesahkan kehamilan, doc try scan, dan nampak juge kantung baby yang dah siap pada minggu ke-5. Alhamdulillah, posisi baby juga pada kedudukan yang betul. Allahuakabar, Dialah yang telah menyempurnakan permulaan proses kejadian seorang manusia.
![]() |
Khalifah Kecil: Bulan ke-2 |
Allahuakbar. Hati mana yang tidak teruja melihat scan kedua ini. Daripada sebuah kantung kecil yang gelap, sekarang sudah kelihatan anak ibu yang comel di dalamnya. Keciknye dia... :)
![]() |
Khalifah Kecil : Bulan ke-3 |
Hehehe. Nampak dah bentuk seorang baby... :) Alhamdulillah. Allah Maha Besar membentuk seorang manusia dengan sempurna. The Best Creator of all....
![]() |
Khalifah Kecil: Bulan ke-4 |
![]() |
Khalifah Kecil: Bulan ke-5 |
![]() |
Khalifah Kecil: Bulan ke-7 |
![]() |
Khalifah Kecil: Bulan ke-8 |
Dan dengan rahmat kasih sayang yang Allah kurniakan dalam hati, saya semakin rindu untuk mendengar tangisan khalifah kecil itu. Setiap hari, setiap waktu, sering risaukan dia. Adakah dia cukup zat? Adakah dia selesa? Adakah dia sihat? Masih bernafaskah dia? Jika baring begini adakah mencederakan dia? Jika baring begitu adakah akan merimaskan dia? Selamatkah dia kalau ibu guna LCD untuk mengajar? Apa akan jadi padanya kalau ibu terkena cahaya LCD, atau cahaya laser printer, atau cahaya laser fotostet? Setiap kali dilanda sesuatu yang merunsingkan, hanya Allah sahaja yang mampu menenangkan.... La hau lawala quwata illa billah..... Tiada daya & upaya melainkan dari Allah... kalimah yang seringkali berjaya menenteramkan hati. Sesuatu mudarat itu tidak akan menimpa melainkan dengan izinNya, dan sesuatu kekuatan itu tidak akan datang melainkan dariNya juga... Hanya Allah tempat berserah diri, hanya padaNya tempat berlindung. Semoga Allah pelihara anak dalam kandungan ini...
Sudah 9 bulan ibu mengandungkan khalifah kecil ini. Bilakah kita akan ketemu wahai anakku? Ibu rindu. Dan ayahmu juga sudah tidak sabar menyambut kelahiranmu. Ketika ibu dimasukkan ke wad beberapa kali kerana ada tanda-tanda bersalin (false alarm.. hehehe), ayah sendiri yang sediakan ibu air doa untuk memudahkan kelahiran. Ayah juga yang bacakan surah Maryam di sisi ibu ketika waktu melawat di hospital. Sayangnya ayah pada baby yang belum mahu melihat dunia nie... :)
It's okey. Allah sudah tuliskan tarikh lahir tertentu untuk baby ini. Dan jika sudah sampai masanya, kita akan bertemu juga, ye sayang... :)
InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment