Assalamualaikum w.b.t
Hmmm… hari ini hari Jumaat :-) Hari yg penuh dengan keberkatan… Saye doakan anda semua tetap di dalam redha Allah, dan Insyaallah dipermudahkan segala urusan :-) Oleh kerana hari nie hari Jumaat, kte akan bercerita tentang…MAKANAN….!!! Ape kaitan makanan dengan hari Jumaat? Ari2 len kite x makan ke? Hehe… keep on reading folks!
Yes.. sume org suke makan… Lagi2 wanie!! Heee… weekends saye ske roti canai kat aminah.., mkn bubo kat student corner.. smlm pn makan bubo gak kat sentosa (sedapp!!)… and ade kat student corner tu gak ade macik jual nasi lemak kukus (ayam goreng die besaaa!!!! Heee.. sgt sgt bes… )… tp unfortunately weekdays je bole rase nasik lemak die… pastu cucur udang lagi… aa!! Bes bes… and of course.. ayam penyet (wink wink)… heee… tom yam kedai kat pulai perdana tu huaa serious sedap…. And…. Makan2 kat senibung ^_~ huuuu…. Bukan stakat sedap… view pon bes…. Mkn2 tepi pantai …eeeeee…… sronottttnyee!!! (P.s: dear… nak g mkn kacang pooooollllll….. sdap eh? Heee…)
![]() |
Makan sampai perut pecah XD |
Hmmm… tapi ini semua hidangan dunia sahabat2 sekalian……………….. yes…. Memandangkan hari ini Jumaat…. Kite akan bercerita ttg …. makanan…………….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AHLI NERAKA!
“Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih, dan dalam naungan asap hitam. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan. Sesunggunya mereka sebelum itu hidup bermewahan. Dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.” –Al-Waqi’ah, ayat 42-46.
Kite kalau makan.. org kate mcm x hengat dunia kan? Ape lagi nak ingt akhirat? Btol tak? Sye pon camtu……. Kalo dh lapa, abang kat sbelah pon kte wat donno je… heeee.. Anyway…. Kite lupe …… kat akhirat nanti, pun kite akan ade rase lapar…. Ade rase dahaga….. Beruntunglah bagi ahli-ahli syurga.. Dalam Surah Al-Waqi’ah lagi Allah berfirman…
“Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (berbuah) dan tidak terlarang mengambilnya.” –ayat 28-33
Tetapi bagi ahli-ahli neraka………..mereka….(hmmm… xmo guna mereka…) ahli-ahli neraka akan sering merasa lapar… sering merasa dahaga….Rasa lapar dan dahaga yang dirasai oleh ahli-ahli neraka nie, kalau diibaratkan dengan lapar di dunia, kita bole mati sbb kebulur… tapi di neraka….? Mane ade dah kematian selepas akhirat?
“Kemudian sesungguhnya kamu hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan, benar-benar akan memakan pohon zaqqum, dan akan memenuhi perutmu dengannya.”-Al-Waqi’ah, ayat 51-53.
Abu Jahal mempersendakan pohon zaqqum pada waktu ahli Makkah pertama kali dgr nama zaqqum.. sbb pokok nie tak tumbuh di tanah negeri Makkah… Abu Jahal kate, “Tahukah kamu apa itu pohon zaqqum? Ia adalah kurma yg dicampur dgn mentega.” Lalulah Abu Jahal dan sahabat2nya gelak2 sambil makan kurma campur mentega….
Tetapi…. Allah berfirman…
“Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka yang menyala. Mayang (buahnya) seperti kepala-kepala syaitan.” – Al-Saffat, ayat 64-65.
Hadis riwayat al-tirmizi (no.2585), Al-Tirmizi berkata: “Hadis hasan sahih”. (P.s: I’m not sure wat the numbering means, but it shows bukan hadis palsu I think…. Maafkan kekurangan ilmu pada hamba.. hehe)
Rasulullah bersabda:
“Andai setitis daripada buah zaqqum terjatuh ke laut dunia, nescaya musnah semua kehidupan yang terdapat di dalamnya. Maka bayangkanlah bagaimana jika seseorang memakannya?”
Zaqqum…….. nama untuk setiap makanan yang beracun. Sesiapa yang makan racun, pasti akan mati! Baunya busuk. Daunnya bulat dan kecil. Zaqqum keluarkan getah putih.. kalau kene kulit, akan bengkak-bengkak. Dah tentu kalau makan… manusia akan mati!
Neraka dipenuhi api, tapi pohon zaqqum tidak terbakar… sbb zaqqum di neraka tumbuh daripada inti api neraka. Akarnya menjalar dari dasar jahanam… dan cabangnya mejalar sehingga semua tingkat-tingkat neraka. Dalam surah al-Saffat di atas, Allah ceritakan buah zaqqum seperti kepala-kepala syaitan. Imam Al-zamakhsyari dalam tafsirnya menceritakan buah zaqqum diibaratkan seperti kepala syaitan sbb keburukan yg dimiliki oleh zaqqum seperti syaitan… sedikit pun tidak ada kebaikan padanya.
Tapi kenape ahli neraka still lagi nak mendekati dan makan buah dari pohon zaqqum nie kalau tau ia sgt sengsara kalau memakannya? Sbb tak ada pilihan!!!! Tak ade ayam penyet di neraka… tak ada bubo di neraka… dan tak ada nasi lemak kukus….. yang ada …… pohon zaqqum (dan lain-lain lagi seperti ghislin, ghassaq, hamim, dan dari’). Yang apabila dimakan…rasanya seperti memakan minyak panas!! Bukan setakat makan…. Malah ahli-ahli neraka memenuhkan perut dgn buahnya…!!! Lepas makan…… oleh kerana buah zaqqum sgtlah panas…. Maka ahli-ahli neraka akan merasa dahaga pulak….
“Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas. Maka kamu minum seperti unta yang sedang kehausan.” –Al-Waqi’ah, ayat 54-55.
“Ia(ahli neraka) meminum air nanah itu dengan susah payah, hampir tidak dapat menelannya. Maka datanglah maut dari segenap penjuru, namun ia tidak akan mati. Di hadapannya masih ada azab yang sangat berat.” –Surah Ibrahim, ayat 17.
Imam al-zamakhsari menceritakan lagi, derita dahaga daripada memakan buah zaqqum adalah minuman timah cair yang sangat panas hingga terputus usus-usus perut ahli neraka. Kesakitannya, seperti yang Allah ceritakan dalam surah Ibrahim di atas, ibarat sakaratulmaut…. Sakaratulmaut adalah sakit wahai manusia…… Bayangkan merasa kesakitan sakaratulmaut setiap saat, terus-menerus tanpa henti…..
Jadi………………. makanan ahli neraka nie… bukanlah makanan… sbb lapar dan dahaga bukan bole ilang…… Hidangan di neraka hanyalah suatu bentuk seksaan organ-organ dalaman yang Allah bagi pada hamba-hamba yang tinggal di neraka. Na’uzubillah~~~
Hmmm…… slalu je kita lalai dari ingat pada Allah…. Even udara yg kita sedut setiap masa adalah rahmat dari Allah… tapi adakah kita bersyukur? Adakah kita ingat pada Allah? Kita baca Quran sekadar nak dapat pahala….? Patutkah? Ikhlaskah? Bukankah kita patut baca Quran untuk mencari ilmu supaya dijadikan pedoman agar tetap pada jalan Allah… supaya kita tidak tergolong dalam golongan ahli-neraka…. Dengan syaitan yang sentiasa mengalir dalam salur darah… dan hati yang masih lagi banyak titik-titik hitam… kita mmg akan sering lupa akan janji-janji kita pada Allah…. janganlah kita buang masa dengan bermalas-malasan….. bekerja mencari rezeki juga adalah untuk mencari redha Allah…. Allah jadikan siang untuk bekerja dan berkhidmat kepada rakyat… Malam… bukan sahaja untuk berehat dengan tidur…. Malam pun, kita berehat dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta… Berbakti kepada Allah…. Hayatilah al-Quran…. saye nie pun bukan perfect…. Banyak buat dosa… Tapi, jangan pernah putus asa dalam mencari redha Allah…..
Wassalam :-)
No comments:
Post a Comment